Assalamualaikum bloggers

selamat datang ke blog aku..please give feed back and follow me if you have a blog..thanks..

tentang saya =D

My photo
petaling jaya, selangor, Malaysia
ni lah blog pertama aku aku tak pandai sangat nak buat ni..so...sesiapa yang pandai tuh ajar2kan la ek... thanks all.. ^__^

Monday 12 December 2011

lesen memandu ??? OH TIDAK !!




Assalamualaikum semua...harini aku nak cerita sikit la..heheh..lagipon aku dah tataw nak cerita pasal apa lagi dah..heheh..aku tengok semua blogger post tapi aku jek tak post2 lagi..hahah...takde idea la geng..
okay la....cerita harini pasal lesen memandu..haha...teruk betul..dah tua-tua pon tak buat lagi..ceittt...buat malu jek..hahah...lagi pon aku baru jek buat 'L'...sebab budget lari and don't have much time la..study kan...so maybe next year baru aku sambung 'P' kot..

okay...berkenaan title entry kat atas...seriusly pening gak nak buat...banyak kerja la...lagi-lagi nak kena dengar ceramah..leceh kot..sampai '8 jam' ! giler penat..mengantok2 aku dengar cikgu tuh cerita..ntah ape benda ntah..hahah..tapi aku baru jek lepas dengar ceramah...that means aku baru jek amik...nanti baru nak buat ujian komputer jpj...wish me luck okay...

ada orang cakap yang ujian komputer nie senang...tapi ada gak yang cakap susah...bagi aku memang susah pon..sebab nak kena ingat fakta2 jalan nie ngan hukuman ape menatang ntah..aku sendiri tak paham..hahah..nasib baik la ada pakcik 'google' yang banyak menolong aku cari software ujian komputer jpj...aku try jawab boleh la sikit2..hahah...kalau yang takda lesen lagi tuh korang search jek pasal ujian komputer jpj kat google..kompom jumpa nye...







contoh ujian komputer jpj


TAPI...benda yang paling aku takut masa test komputer nanti...


COLOUR TEST !!!!
atau lebih dikenali sebagai ujian warna...diaorang nak check la mata kita boleh bezakan warna ke tak...nak tahu tak sebab apa aku takut? dalam software yang aku tunjuk tadi ada pasal colour test nie...aku pon try la jawab...suddenly aku tak dapat jawab...tak tahu la sama ada soalan tuh memang tak betul or aku sendiri yang dah BUTA WARNA !

ceiitt !! aku dah tak boleh bezakan warna ke ? teruk la camni...kang merah jadik cokelat...hijau jadi biru...oh TIDAKK !!!!

tapi tak tahu la kan....kalau korang tak caya..korang tengok la gambar2 kat bawah nie..korang nampak tak..kalau korang nampak maksud nya aku dah buta warna..sobs sobs sobs..








korang nampak tak ? kalau dah macam ni test dia...aku suruh PM pon tak dapat jawab..huhuhu...tension siot..kena pergi jumpa doktor mata nie...

p/s : pening admin pikir pasal benda nie..

Wednesday 7 December 2011

Cara-cara Nak Kenal Perempuan !!

Assalamualaikum semua...lame tak update<--padahal baru beberapa hari..kecoh jek..hahah sorry la sebab tak update...broadband lembab la..maklum la..tak mampu nak pakai unifi..hakhakahk..pakai jek la broadband murah2 kan..heheh..okaylah..harini aku nak cerita sikit pasal perempuan..hahah...mentang2 aku lelaki...saje jek nak ngumpat2 kejap..hahah...tapi mak aku dalam kategori lain okay...aku sayang mak aku...heeh...walau pon takde kene mengena dengan post nie..post ini untuk awek2 korang ke.....tak pon untuk yang baru nak kenal dengan perempuan...(bagi yang lelaki)

berbalik kepada title kat atas..pikir senang ke nak kenal hati budi perempuan ?? 
(mak korang touching korang sedar tak ?)
susah taw..admin pon teragak-agak nak kenal dengan SITI MARIAM BINTI IDRIS nie...yela...admin bukan kacak macam rosyam nor..hakahkahak...gurau jek...tapi leceh-leceh pon perempuan juga korang carik kan ? okaylah....ada 30 ciri-ciri seorang perempuan yang kita tak tahu...

please enjoy okay...and learnt about her too... =)



1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respond positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.   <= nie yang admin rasa paling kelakar. =P
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah PERASAAN DICINTAI DAN DI SAYANGI SEPENUH JIWA.


so...agak2 awek korang camni ke ? heheh...
nanti korang check la gurl korang okay..jaga la hati mereka...
tapi apa yang lagi penting jaga lah hati EMAK kita...



"seindah hiasan adalah wanita solehah"

p/s : thanks for reading... =)

Sunday 4 December 2011

FAKTA-FAKTA MENGENAI "MENGULAR" DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum semua...harini aku nak update blog pasal worker at work..kelakar gak benda nie tapi nie la kenyataan nye right ? heheh..so fikir-fikir la ek...
boss-boss pon jangan nak jadik camni ek..mane pekerja tak ikot..hahahah



hahah...rupa-rupanya camni ek kerja korang bila ada kat tempat kerja...hahah...
patut la kerja tak siap-siap..

haha..aku rasa company-company lain tak sepatutnya bagi computer kat worker ar...
bagi dorang typewriter cukup..hehe..
bazir elektrik jek..kerja tak buat tapi surfing banyak...
heheheh... =D 


hahahah....sebenarnya aku pon same kot..yang kelakar nye siap ada jangkaan lagi tuh..hahahah....

p/s : admin taknak ar surf-surf nie...kerja first okay ! =)

Saturday 3 December 2011

astagfirullah hal azim...apa nak jadi nie ???

assalamualaikum semua...harini aku update blog pasal kisah pasangan yang agak "bahagia" kat indonesia..
nak tahu apa yang bahagia sangat-sangat tuh ??? nie hah pasal kes seorang ibu kahwin dengan "anak kandungnya" sendiri...teruk betul la...padahal laki sendiri dah ada...tak puas ke ? ke dia sengaja cari dosa free-free.. bongok betul..geram jek aku tengok...yang anak dia tuh dengar jek cakap mak dia...antara ayat mak lelaki tersebut "yang penting saya nggak berzina sama org, sama anak sendiri" !!!

apa la teruk sangat perangai mak budak lelaki nie...sepatut nya sebagai seorang ibu terhadap anak-anak kita mestilah mendidik anak-anak..bukan buat benda hina macam nie...


Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan...

part 1 : emak kahwini anak lelaki sendiri

part 2 : emak kahwini anak lelaki sendiri

oleh itu, sama-sama la kita berdoa agar mereka mendapat hidayah dan keinsafan atas dosa-dosa yang mereka lakukan...aminn...

p/s : admin pon dah banyak dosa dah nie..

Thursday 1 December 2011

wan and yuazura kahwin !!

wwaaaaahhhh.... dah nak kahwin dah budak kelas aku nie...hope korang selamat diijabkabulkan and happy hingga ke anak cucu okay....tapi sayang la..aku tak dapat datang ke hari persandingan korang pada 3/12/2011...
so...pada sapa2 yang boleh datang tuh datang la okay...tapi jangan datang tangan kosong jek..kasi la present sikit kepada pasangan bahagia nie..aku pon ada surprise gak nie..hahahah..tapi secret la..ahahah...just hadiah kecik2 jek...tapi tak sangke gak la korang dah nak kahwin..hahah..aku ??? bila lagi ?? jeng jeng jeng..hahah...aku tak boleh kahwin time study nie..<--takut MARA block aku...hahahaha...
nanti korang honeymoon kat mana ? hahah opsss....tertanya pulak....ish ish ish..


okay...ni ada beberapa tips untuk pasangan pengantin baru nie..orang lain pon boleh follow tips nie..
aku kutip dari http://belogfadah.blogspot.com....

  1. Doa yang berterusan.
  2. Patuh ajaran agama.
  3. Murah dengan pujian.
  4. Murah dengan khidmat.
  5. Murah dengan BELAIAN dan romance.
  6. Murah dengan SENTUHAN.
  7. Mencari KEBAIKAN pasangan.
  8. Cari masa berkomunikasi/berbual/ bergurau.
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
  10. Menghormati had/sempadan/hal-hal peribadi pasangan.
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
  12. Berfikiran terbuka — boleh TEGUR MENEGUR.
  13. Berani mengambil risiko emosi — tegur/perubahan/berpisah sementara.
  14. Menilai dan membetulkan keutamaan (priority) dalam kehidupan.
  15. Flexible/tolak ansur.
  16. Menghormati dan mengambil kira “gerak batin” (intuition) perempuan.
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
  18. Sedar bahawa perselisihan kekadang tidak boleh dielakkan.
  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  20. Sanggup berkorban buat pasangan.
  21. Menghormati pasangan.
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredhai.
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
  25. Sentiasa BERMAAFAN sebelum tidur.
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
  27. Meletakkan HAK kepada pasangan.
  28. Tidak menjadi HAMBA kepada pasangan.
  29. Berubah secara kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
  30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
  31. Mencari penyelesaian menang-menang.
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
  33. Menghormati sifat semulajadi pasangan.
  34. Memahami peranan “pasangan” (13 P).
  35. Emotional intercourse.
  36. Jangan simpan ketidakpuasan/sedih/marah/ benci dalam hati.
  37. Bentuk KOD-KOD kasih sayang yang anda 2 orang saja yang tahu.
  38. Sengaja merancang untuk memperbaiki hubungan suami isteri.
  39. 7 kali puji dan 1 teguran.
  40. Sebut “I Love You” all the time.
  41. Banyakkan BERGURAU/BERMESRA.
  42. Sentiasa berterus terang.
  43. Beri masa untuk perubahan berlaku — SABAR.
  44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
  45. Elakkan SALAHKAN pasangan.
  46. Cari titik pertemuan.
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
  48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
  49. Minta nasihat/pandangan/maklum balas daripada pasangan.
  50. Sentiasa bersemangat — bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
  51. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
  52. Tidak terlalu mengongkong.
  53. Tidak bertindak bersendirian.
  54. Humor/lawak dari maxa ke masa.
  55. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
  56. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
  57. Tidak meminta yang bukan-bukan.
  58. Bentuk undang-undang/peraturan dalam rumah tangga.
  59. Mencari kelainan dan perubahan positif.
  60. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
  61. Redha/syukur/tawakkal kepada Allah s.w.t.


apa2 pun yg penting kita terima semua seadanya dan bersyukur dgn rahmat dan jodoh yg telah ditentukan olehNYA….
SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA
AMIN….


WAN and YUAZURA !!
SELAMAT PENGANTIN BARU !!!

Wednesday 30 November 2011

FAKTA MENGENAI LELAKI !!!

       Mengenai title di atas..hahah...mesti orang cakap lelaki nie banyak songeh kan ? tapi 

yela...lelaki nie kalau buat hal pon mesti ada sebab punya <--dah aku lelaki..kompom-kompom aku 

backup diri sendiri..hahah..okay la...korang tengok la (bagi gurls sahaja..boys pon boleh) betul ke 

pakwe korang macam nie..


  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu. 
  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka. 
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita. 
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. 
  • Apabila lelaki benar- benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut. 
  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka. 
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita. 
  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. 
  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka. 
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. 
  • Lelaki juga akan menangis. 
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan. 
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan. 
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga. 
  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka. 
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’ 
  • Lelaki amat sayang ibu mereka. 
  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros. 
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia. 
  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. 
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka. 
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka. 
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki. 
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai. 
  • Lelaki lebih banyak berfikir. 
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja. 
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka. 
  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun. 
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik. 
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka. 
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting. 
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak. 
  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda. 
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca. 
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan. 
  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua. 
  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


kisah pasal aku !!

assalamualaikum semua.. <-- tataw la ada orang tengok blog aku ke tak..heheheh...
ok..firstly...nie la first time aku buat blog...and ni la blog pertama aku..hahah..bangge la pulak kan...hehe


okay...berkenaan dengan title kat atas..nama aku muhammad azmir bin bakhtiar...aku lahir 21/9/92 di hospital universiti di kuala lumpur, dulu hospital selangor kot..nama bapak aku bakhtiar bin ramli..i am solute him..his my  mentor...my mother's name is sabariah binti kassim...dia lah segalanya...selalu mengadu kat dia gak..heheh... <-- anak mak la ni kan..hahah =)


nie la parents aku..comel kan ??? bergaya betul cik "bakhtiar" nie..haahahah


nie lah aku dengan opah aku yang tersayang...
































nie lah gambar family aku..tapi ambar time raya jek..heheh...


Powered By Blogger