Assalamualaikum bloggers

selamat datang ke blog aku..please give feed back and follow me if you have a blog..thanks..

tentang saya =D

My photo
petaling jaya, selangor, Malaysia
ni lah blog pertama aku aku tak pandai sangat nak buat ni..so...sesiapa yang pandai tuh ajar2kan la ek... thanks all.. ^__^

Wednesday 30 November 2011

FAKTA MENGENAI LELAKI !!!

       Mengenai title di atas..hahah...mesti orang cakap lelaki nie banyak songeh kan ? tapi 

yela...lelaki nie kalau buat hal pon mesti ada sebab punya <--dah aku lelaki..kompom-kompom aku 

backup diri sendiri..hahah..okay la...korang tengok la (bagi gurls sahaja..boys pon boleh) betul ke 

pakwe korang macam nie..


  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu. 
  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka. 
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita. 
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. 
  • Apabila lelaki benar- benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut. 
  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka. 
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita. 
  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. 
  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka. 
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. 
  • Lelaki juga akan menangis. 
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan. 
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan. 
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga. 
  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka. 
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’ 
  • Lelaki amat sayang ibu mereka. 
  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros. 
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia. 
  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. 
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka. 
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka. 
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki. 
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai. 
  • Lelaki lebih banyak berfikir. 
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja. 
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka. 
  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun. 
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik. 
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka. 
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting. 
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak. 
  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda. 
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca. 
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan. 
  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua. 
  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger